Saturday, 3 May 2014

BROGA HILL v1.0

TARIKH : 01 MEI 2014
LINE-UP : ADAN, PIA, SERIK dan RAKAN, ACHAP, NAD, LOKMAN, 
LEHA, EDY, FASHA


sempena cuti hari pekerja yang jatuh pada 1 Mei 2014, kami sebulat suara telah merancang untuk mengeluarkan sedikit peluh dan mengelak panggilan dari para bos dengan mendaki Bukit Broga yang terletak di daerah Semenyih, Selangor...bukit yang seringkali menjadi perhatian semua golongan masyarakat...para pelajar..ibubapa..ahli sukan..pasangan yang bajet2 sweet dan sebagainya... :P



sedikit info berkaitan Bukit Broga yang berketinggian 400m, para pengunjung boleh meletakkan kenderaan di dalam kawasan ladang kelapa sawit milik seorang untie dengan bayaran RM2 (tandas pon kene bayar RM1/entry)..pendakian santai memakan masa hanya kira-kira 50 minit untuk sampai ke puncak...

 dari kiri : nad, achap, adan, pia, emm emm, serik dan lokman.. :D

 gegadis-gegadis desa bersama abam hensem.. *larikkkk

 say cheeese..!! (Y)


terima kasih diucapkan kepada saudara achap kerana sanggup menggagahkan diri membawa berbungkus-bungkus nasik lemak untuk dinikmati sambil melayan udara segar di puncak..well done bro!!!

muka-muka kelaparan sedang membedal nasik lemak..aummm~


sedikit pesanan kepada semua, tidak kira tua mahupun muda, otai mahupun nubis kubis..dah bawak makanan tu, sampahnya jangan lupa bawak turun sekali yee...lagi bagus kalau tolong bawakkan sekali sampah yang ditinggalkan oleh manusia-manusia tidak bertamadun..huhu

terima kasih abam guider.. :D


haa, sebelum trun sampai ke starting point tu, jangan lupe singgah di kedai air kelapa yee..terbaik dari broga ni...bolehlah untuk menghilangkan dahaga tuuu...



jumpe lagi di next trip..wassupppp!!


adanismail


No comments:

Post a Comment