oh...trip kali ini kami bersama brother Edy ZAck..kami menawan bukit atau gunung Bunga Buah. Kami bermalam di sebuah rumah kaweh.tidur rumah leh boh..hahaha. jarang pagi kami sebegini awal.berselimutkan angin kipas siling,mata terkebil-kebil.Sai memberi arah untuk bersiap kerana brother Edy ZAck akan kami bertemu. Bergerak pagi kami ke lokasi Gunung Bunga Buah.
Cerita sikit sebelum mendaki.Gunung Bunga Buah yang terletak di sempadan Selangor Darul Ehsan, Genting Highland, Pahang mempunyai ketinggian setinggi 1,430 meter (4,690 kaki).Gunung Bunga Buah adalah antara tempat latihan pendaki-pendaki gunung di Lembah Klang. Kebiasaannya gunung ini didaki ketika cuti hujung minggu. Gunung ini boleh didaki dalam masa sehari atau pendaki boleh juga bermalam dipuncak gunung ini. Lokasinya yang berdekatan Lembah Kelang, memudahkan pendaki menuju ke Genting Highland dalam masa yang singkat dan faktor tempat mula pendakian yang bersebelahan Jalan Kuala Lumpur - Genting Highland. Gunung Bunga Buah mempunyai hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, dan hutan Montane. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan.
|
KAT LUAR BASAH SANGAT...BAWAH SEJUK. |
|
DALAM PERJALAN MENUJU HUJAN!!!! |
|
DALAM HUJAN APA LAGI..PACAT KUAR!! |
|
MOH SINI BERGAMBAR SEMUA |
|
KAMI SEDANG BERSEDIA TUK PACAT..HAHAHA |
|
CANTIK NYE CIPTAAN TUHAN |
No comments:
Post a Comment