Saturday 10 May 2014

DAYPACK DI GUNUNG IRAU, CAMERON HIGHLAND


TARIKH : 10 MEI 2014
LINE-UP : EJAM, SAI, SERIK, SHIRO, MIRA, ACHAP, NAD, ADAN, SHAH, 
SASI dan AMAD


MORNING GUYS!!!

"menang di mata, kalah di kaki" itulah Irau..kenapa??kerana sememangnya sepanjang perjalanan menuju puncak sangatlah mengkhayalkan mata yang memandang tetapi apabila melihat pada keadaan kaki, hehehe, seperti baru terjatuh ke dalam lumpur yg sangat dalam..keh3x~

pada kali ini, trip yang menjadi pilihan group kami adalah berdaypack di Gunung Irau, Cameron Highland...berdaypack, kenapa? bajet hebat sangat ke? bukan macam tu ye kawan-kawan, ini kerana pada keesokan harinya kami terpaksa bergegas ke Putrajaya untuk event seterusnya iaitu PUTRAJAYA DEUTER TRAIL RUN...ala-ala b2b (body to body...eh back to back) la kononnya...okayyy, moh kita bertandang ke Gunung Irau...macam biasa lah, sedikit info mengenai Gunung Irau yang terletak di Mossy Forest, Puncak Gunung Brinchang di Cameron Highland...

Gunung Irau merupakan gunung yang terletak di sempadan negeri Perak - Pahang, mempunyai ketinggian 2110 meter (6924 kaki) dan merupakan puncak tertinggi di Cameron Highland...Gunung Irau sangat terkenal dengan keadaan hutannya yang dipenuhi lumut sehingga ramai yang menggelarnya 'Lord of the Ring Jungle' dan sebagainya...Gunung Irau juga sentiasa menjadi pilihan ramai untuk sesi bergambar seperti 'Wedding Photoshoot', 'Graduasi Photoshoot' dan bermacam jenis photoshoot yang lain..ngeh3x...inilah dia pengalaman yang tak seberapa dari kami... :D

perjalanan dimulakan dari Kuala Lumpur menaiki 3 buah kereta..perjalan memakan masa hampir 3 jam untuk sampai ke kawasan Cameron Highland...kami bercadang untuk merehatkan badan dan take a short nap di Kem Sungai Pauh memandangkan di situ adalah tempat perkhemahan...sesampainya di sana, kami terpaksa membentang groundsheet di atas jalan tar kerana kepadatan tempat perkhemahan..takpelah, asalkan masih ada tempat untuk melepaskan penat memandu melalui jalan Tapah yang sungguh mengerikan berliku...

yok bersarapan dulu yok...

selesai solat subuh dan sedikit sarapan, sesuatu di luar jangkaan telah berlaku...arghhh stress, sebahagian dari kami menyambung mimpi2 indah yang belum tamat...dan hasilnya, kami mula bergerak ke starting point Gunung Irau pada jam 10.30 pagi...hehehe awal lagi kan? melalui kawasan ladang teh amatlah mengujakan dengan kehijauan daun teh membuatkan kami lupa tentang keadaan jalan yang sangat memeningkan dan makin tidak sabar untuk sampai ke Puncak Brinchang atau dikenali sebagai Mossy Forest...

bergambar kenangan sebelum diri bakal dikotori...:D

lagi di Mossy Forest...

sesi taklimat oleh bamlom, guider yang tidak diiktiraf..kehkehkeh...


ok dah ler tu bergambar, perjalanan masih jauh ni...kami memulakan perjalanan santai kira-kira jam 11 pagi dengan penuh semangat waja...permulaan pengembaraan kami adalah melalui jalan yang telah cantik disediakan demi memudahkan para pengunjung...banyak pondok2 disediakan bagi tujuan berehat dan melihat view...

baru 15 minit berjalan dah sampai ke ketinggian 2000 meter kehkehkeh...

selepas itu, trek pendakian adalah seperti kebanyakan gunung-gunung di Malaysia dengan tahap kesukaran B..tidak lah terlalu hardcore dan tidaklah terlalu santai...sambil menyanyi, menegur pengunjung dari kumpulan lain, membuatkan perjalanan kami sangat gembira... :D

antara keadaan trek yang terpaksa dilalui...

memang rugi ler kalau x bergambar...hehe

perjalanan mengambil masa keseluruhan kira-kira 5 jam termasuk rehat dan bergambar...kami berehat sebentar di puncak mini irau kerana keadaan hujan yang begitu lebat...perjalanan diteruskan ke puncak dan alhamdulillah kami sampai ke puncak kira-kira jam 4.30 ptg...

gigil bak ang...kesejukan melampau di puncak Irau...

lagi di puncak Irau..

disebabkan keadaan yang terlalu sejuk ditambah hujan yang masih tidah berhenti, kami hanya menghabiskan masa minima di puncak, cukup untuk makan, solat dan bergambar..kemudian, zasssss, jom turun weiii...

 sepanjang perjalanan turun...

sepanjang perjalanan turun...

 gaya berselerak...

kami tiba di starting point di mossy forest lebih kurang jam 7.30 malam...sesampai di starting point, timbul sedikit masalah, bukan dari kumpulan kami, tetpi kumpulan lain...hampir separuh dari ahli kumpulan tersebut masih belum keluar, sedangkan 'guider' yang membawa mereka hanya menunggu di pondok tanpa melakukan apa-apa inisiatif...kami membuat keputusan untuk masuk semula untuk memberi pertolongan kepada mereka memandangkan mereka tidak mempunyai headlamp...please, please, please, jangan buat camtu ye kawan2, kalau dah masuk 20 orang, pastikan keluar pon 20 orang ye... :(

alhamdulillah segalanya selesai kira-kira jam 9.20 malam...ohh men, esok kami ada event marathon di Putrajaya...:O ...kami terus bergegas ke masjid Kg raja untuk membersihkan diri dan terus berkejar pulang...apapun, jangan lupa, perut perlu diisi jugak ye....

pit stop kat mana tah sebelum meneruskan perjalanan ke Putrajaya...

kami sampai di Putrajaya kira-kira jam 5.00 pagi dan terus mencari tempat untuk berehat sebelum meneruskan event larian di Putrajaya, jangan ada yang tertidur ketika berlari yaa..

WISH US LUCK..!!!jumpa lagi di next event..:D


adanismail



1 comment:

  1. TEBING TINGGI BACKPACKER(FB)
    KHIDMAT GUIDE GUNUNG BERLESEN
    MENGURUSKAN:

    -permit pendakian
    -laporan polis
    -khidmat guide berlesen
    -kit perubatan(asas)
    -walkie talkie
    -khidmat 4x4 ke permulaan pendakian

    ANDY
    017-9997790
    whataps/call/sms

    ReplyDelete