Wednesday, 2 September 2015

GUNUNG BATU PUTIH: SERIBU CORETAN, DUA RIBU KENANGAN, TIGA BELAS RIBU PENANGAN

Assalamualaikum. Sekarang dah pukul 11 malam, 2 September 2015.

Lima hari lepas kami dua belas orang - yang tak pegi padan muka - bertekad nak teruskan jugak trip ni walaupun banyak perkara yg kurang. Dulu follow trip orang lain seposen pun tak amik peduli macam mana nak arrange program, kan? Sekarang padan muka.

Ok pendek cerita kami gerak 3 kereta dari kl dan jumpa di exit tol tapah, di traffic light, di papan tanda kanak - kanak sekolah melintas dihadapan, lebih kurang pukul 2.30 pagi.

Exit tol tapah, di traffic light, di papan tanda kanak - kanak sekolah melintas dihadapan.

Siap makan minum, acah-acah suai kenal ahli kenalan baru, kami terus ke Hutan Lipur Kuala Woh. apalagi.tidola.


29 Ogos 2015, 9.30 pagi - Hutan Lipur Kuala Woh
Semua dah siap sedia menuju ke Kampung Orang Asli Ampang Besar.

Hutan Lipur Kuala Woh - dah kenapa acap main tunduk-tunduk tuu

Line Up
1. Ijam (fourth official)
2. Acap (captain)
3. Amin (vice captain)
4. Par (penyokong kuaci, parang ikat tepi)
5. Serik
6. Loq
7. Fadz
8. Helmie
9. Intan
10. Syuhada
11. Iza
12. Azni


29 Ogos 2015, 10.00 pagi - Kampung Orang Asli Ampang Besar
Sampai di Kampung Orang Asli Ampang Besar. Buat final preparation. Suai kenal manja-manja sikit dengan orang tempatan - nama dia: bro amli, jawatan: setiausaha jkkk

Orang Tempatan Kuala Woh - dia kata parking free yeayy

Dengan lafaz Bismillah kami mula kan perjalanan.

Hutan Lipur Kuala Woh - Starting Point

jalan berbatu sebelum lintas anak sungai


29 Ogos 2015, 10.50 pagi - Sungai Y
Sampai Sunagi Y buat-buat mandi sikit. Lepak dalam 20 minit terus gerak.

Sungai Y

Japaa - pengasas parang ikat tepi


29 Ogos 2015, 3.30 petang - Kem Balak 2
Lunch disini. Makan megi je dan kemudiannya nanti menyesal sebab sangat lapar kahkahkah. Sweeper lewat dalam setengah jam sebab ada yg injured dan skali lagi padan muka sebab xlunch kat sungai Y tadi -> tapi sangat untung sebab sampai je terus makan -> senang buat keje. Sejam jugak lah lepak sini masak-masak sembang-sembang kutuk-kutuk. Yang lambat tadi dpt rehat setengah jam je. Tahniah


29 Ogos 2015, 5.00 petang - Kem Balak 3
Group chinese yg kami jumpa dalam perjalanan tadi bermalam disini. Sembang-sembang sikit dan kami teruskan perjalanan.


29 Ogos 2015, 6.30 petang - Junction ke Gua Azan
Sampai je junction ni penulis tetiba sedih sebab guider bgtau jalan ke Gua Azan telah ditutup. So nak kena sedih sikit. Mungkin ada hikmah.

Ya, ada hikmahnya...

Tapi sebenarnya

KITA NAK TIDO MANAAA HAHAHAHAHH

So kami buat-buat bincang sikit dan bertekad nak bermalam di Kem Anaconda. Ketum sungguh idea tuuu


30 Ogos 2015, 2.15 pagi - Somewhere between Junction Gua Azan and Puncak Batu Melintang
Ok ada yg dah injured, terlalu penat dan tersangat lapar. Bincang lagi - tanpa perselisihan pendapat dan pertumpahan darah - kami setuju nak berehat disini sementara menunggu pagi. Rasa teramat seronok sebab baru dapat makan nasi hahahah. Kami gilir-gilir berjaga sehingga hari cerah.

okay hari dah cerah yeayy


30 Ogos 2015, 10.00 pagi - Somewhere between Junction Gua Azan and Puncak Batu Melintang
Teruskan perjalanan menuju ke Puncak Batu Melintang.


30 Ogos 2015, 10.40 pagi - Puncak Batu Melintang
Tiba di Puncak Batu Melintang. Dari sini boleh nampak Gunung Batu Putih. Lepak dalam 20 minit. Macam biasa bergambar.

 Puncak Batu Melintang - berlatar belakangkan Gunung Batu Putih

Puncak Batu Melintang - kabus tebal menutupi pemandangan


30 Ogos 2015, 1.15 petang - Kem Anaconda
Campsite/ water point terakhir sebelum ke puncak. Di sini anda boleh mandi di Air Terjun Terbunuh. Ya memang terbunuh nak turun ke air terjun ni sebab jalan agak curam. Lepak, mandi dan lunch sebelum bergerak pada pukul 5 petang.

Kem Anaconda


Air Terjun Terbunuh - dari kacamata si anacondaaaa


30 Ogos 2015, 7.00 petang - Puncak Batu Putih
Semua ahli selamat tiba pada jam 8 malam. Masak, lepak dan bersedia nak sambut merdeka. Malam ni pukul 12 semua dah tido. Esok nak kena bergambar lagi. Adoiii


31 Ogos 2015, 10.45 pagi - Puncak Batu Putih
Semua dah bersiap nak turun. So kena amik gambar lagi sebab kalau nak repeat kena tunggu lagi empat tahun kahkahkah

  Puncak Batu Putih

Puncak Batu Putih

Puncak Batu Putih

Puncak Batu Putih


Puncak Batu Putih


31 Ogos 2015, 11.45 pagi - Kem Anaconda
Tiba di Kem Anaconda Take 5!

31 Ogos 2015, 1.00 petang - Puncak Batu Melintang
Tiba di Puncak Batu Melintang Take 30!


31 Ogos 2015, 4.00 petang - Kem Balak 3
Tiba di Kem Balak 3 dan 'lunch' hahahah. Sweeper sampai pukul 6.30 sebab ada yang injured lagi.


31 Ogos 2015, 8.40 malam - Kem Balak 3
Bergerak dari Kem Balak 3 lepas 'lunch' dan sesi rawatan manja-manja sikit. Jalan malam kena kompak baru selamat!


31 Ogos 2015, 9.15 malam - Kem Balak 2
Tiba di Kem Balak 2 Take 5!


1 September 2015, 12.30 pagi - Sungai Y
Tiba di Sunagi Y Take 30!


1 September 2015, 2.15 pagi - Starting Point - Kampung Orang Asli Ampang Besar
Tiba di Starting Point - Kampung Orang Asli Ampang Besar

Yeayy


Kepada yang kerja esok harinya diucapkan selamat maju jaya!

Nota kaki: yang paling banyak injured sebenarnya adalah penulis sendiri. kbai.


penulis dan pelukis: serik

No comments:

Post a Comment