Saturday, 11 April 2015

PETUALANGAN DI BUMI KERINCHI 2015

Idea asal oleh bebudak ATEAM, UTM sehingga menjadi kenyataan selepas hampir 6 bulan berhempas pulas dari segi wang ringgit dan idea untuk menjayakan trip ini yang bertemakan 'Volcano Sampai Jadi'. Sebagai pengenalan, Gunung Kerinchi terletak di provinsi Jambi, merupakan gunung berapi tertinggi di Indonesia, berketinggian 3805 mdpl. Trip kali ini disertai oleh 8 orang peserta iaitu Adan serta 7 orang dari kelab ATEAM UTM, Ujang, Nazrin, Pinat, Petai, Izzat, Iela dan Saidah. Trip yang memakan masa 7 hari melibatkan pendakian ke Gunung Kerinchi, Danau Gunung 7, berjalan di sekitar, melawat Bukit Tinggi dan pulang ke pangkuan Malaysia terchenta..Saksikan pengalaman kami sepanjang trip ini berlangsung.


intro sikit..pemandangan Gunung Kerinchi diambil menggunakan iPhone 4..kihkihkih


HARI PERTAMA (2 APRIL 2015)


lets go bebeh!!

sebelum keberangkatan kami ke bumi Kerinchi


Minangkabau International Airport..hohoho~


sedikit maklumat tentang perjalanan dari KLIA-2 ke Padang, perjalanan udara memakan masa lebih kurang sejam setengah dan akan mendarat di Minangkabau International Airport..jangan senyum lagi ye kawan2, kerana perjalanan dari airport ke Kersik Tuo, Kerinchi memakan masa hampir 10 jam melalui jalan darat dan kawasan beraltitud tinggi (+- 1500 mdpl)..keadaan jalan yang berliku-liku mungkin akan menyebabkan kepeningan dan kemualan pada diri..hoho~


selamat datang ke Padang..otw menuju ke Kerinchi..are you ready guys?



perjalanan yang amat memenatkan tapi happy..pening+mual+ngantuk+capek+muntah, sume ada..3 kali berhenti makan..berpuluh kali berhenti rehat..terlalu banyak peristiwa menarik dan sedih berlaku pada hari pertama..antaranya satu peristiwa yang berlaku di mana ianya telah menggamit perasaan kami sehingga kini..akibat perjalanan dari Padang ke Kerinchi yang memakan masa terlalu lama ditambah dengan struktur mukabumi dan altitud, salah seorang penumpang van (budak berusia 3 tahun) di hadapan kami telah meninggal dunia di dalam perjalanan, kemungkinan kerana faktor kesihatan dan jarak perjalanan..juga keadaan yang menimpa salah seorang dari group kami, adakah trip ini akan meninggalkan kesan yang begitu mendalam? apapun, perjalanan perlu diteruskan.. goodluck everyone..!!


makan-makan 1.0 nasik padang ala cangkung..

bernasik padang lagi lah kita yee.. :D


take 5..penat drive lama2..sakit pinggang..heheh~

kalau anda gembira kata hooray..hoorayyy!!!


HARI KEDUA (3 APRIL 2015)



bismillah..kerinchi, mu tunggu kami datang!!!


perjalan kami dimulakan pada jam 10.00 pagi (waktu tempatan) seramai 8 orang peserta dan 5 orang guider (guider, porter, sweeper).. tahap kesukaran trek adalah B, tidaklah terlalu sukar, kami sampai di Shelter 1 kira-kira selepas 2 jam perjalanan..suhu ketika ini sudah terasa sejuk tahap tidak memerlukan windbreaker kihkih..siap boleh main golek-golek lagi.. :D

selamat sampai di Shelter 1 : masing-masing muka masih happy hoho


perjalanan diteruskan menuju ke Shelter 2 sedikit bosan ditambah pula dengan keadaan trek yang mulai dibasahi hujan..perjalanan hanya mengambil masa kira-kira sejam dengan tahap kesukaran trek masih di tahap biasa..

penampakan makhluk-makhluk ajaib di Shelter 2


tahap kesukaran trek semakin meningkat sepanjang perjalanan ke Shelter 3 dengan kewujudan lorong2 tikus dan kecerunan serta suhu persekitaran yang semakin rendah..pergerakan kami makin perlahan dan mengambil masa kira-kira 3 jam untuk sampai di Shelter 3 di mana kami akan bermalam di sini, yahoooo!


Shelter 3 : masing-masing dengan muka happy sambil menahan kesejukan..


dannn, tadaaa, tanpa disangka2 hujan turun dengan lebatnya disertai dengan angin yang agak kuat sehingga hampir merosakkan khemah kami..hasilnya, hanya mampu memasak di bawah khemah sambil menggigil hehehe~


hanya mampu berlindung di bawah khemah..wuwuwu~

      

       
lagi pemandangan di Shelter 3..aummm~



HARI KETIGA (4 APRIL 2015)


kami memulakan perjalanan ke puncak pada kira-kira jam 3.00 pagi (waktu tempatan)..perjalanan ke puncak mengambil masa kira-kira 3 jam dari Shelter 3 dengan keadaan trek yang boleh dikatakan sukar kerana permukaan tanah yang licin dan bergaung di kiri dan kanan..di pertengahan jalan, kami berhenti rehat di Tugu Yuda..apa yang menariknya ialah tugu ini dibina sempena memperingati pendaki2 Gunung Kerinchi yang meninggal dunia ketika mendaki dan ada sebahagiannya masih belum dijumpai hingga ke hari ini..takziah kepada mangsa.. :(

Tugu Yuda di Gunung Kerinchi



alhamdulillah, berkat kerjasama dan semangat kesukanan yang tinggi, kami berjaya menawan Puncak Gunung Kerinchi (3805 mdpl) dengan jayanya. terima kasih kepada bang Johan dan rakan2..


berlatarbelakangkan Danau Gunung 7 dari Puncak Kerinchi..

'setiap pendaki itu adalah bersaudara' - bersama team mana ntah di Puncak Kerinchi, hehe


semangat 'peteh ganu peteh' dan 'luaskan kuasamu' di Puncak Kerinchi...alee alee..


ok, dah..masa untuk turun..huhu


menikmati pemandangan yang luas terbentang ketika perjalanan turun..



HARI KEEMPAT (5 APRIL 2015)



setelah berpenat lelah bersabung nyawa demi menawan puncak gunung berapi tertinggi di Indonesia (chewahh), tibalah masa untuk bermandi manda. Kami meneruskan trip ke Danau Gunung 7 yang terletak di kabupaten Kerinchi..dalam perjalanan, kami tersinggah sebentar di Tugu Macan di mana kita boleh melihat view Gunung Kerinchi dengan jelas...

Tugu Macan berlatarbelakangkan Gunung Kerinchi...

lompatan Kerinchi..nampak tak betapa gembiranya kami sepanjang berada di sini...~

dan akhirnya, tadaaaa~

welcome to Danau Gunung 7..


juga merupakan danau tertinggi di Indonesia (1950 mdpl) dan mempunyai pemandangan yang sungguh menakjubkan kerana dikelilingi oleh 7 gunung iaitu Gunung Hulu Tebo, Gunung Hulu Sangir, Gunung Madura Besi, Gunung Lumut, Gunung Selasih, Gunung Jar Panggang dan Gunung Tujuh itu sendiri (sumber: pakcik gugel)..

airnya amat dingin mas, menggigil hingga ke tulang rusuk kiri..kehkehkeh

berakit-rakit ke tengah danau, kalau karam pasti xmampu nak berenang balik ke tepian, wuwuwu
p/s: sampan boleh disewa dengan kadar harga 40000 rupiah


HARI KELIMA (6 APRIL 2015)



setelah berpenat lelah mendaki Gunung Kerinchi dan bermandi manda di Danau Gunung 7, hari kelima kami hanya dipenuhi dengan aktiviti melepak di rumah dan juga berjalan-jalan di sekitar Kabupaten Kerinchi..jadi, inilah hasilnya..

abaikan muka-muka tak mandi kami dan mamat merajuk kat belakang tuh..AHAHAHA~

 riang-ria di Sungai Penuh, Kerinchi..

 berlatarbelakangkan sawah padi dan gunung-ganang..

masak..makan..makan..masak..lepak di rumah mas Johan Kerinci..

hari terakhir kami di sini..rumah yang merupakan tempat tinggal utama kami sepanjang trip..terima kasih mas Johan di atas segala layanan baik kamu..semoga Allah swt membalas setiap kebaikan kamu.. :)


jutaan terima kasih diucapkan kepada mas Johan kerana memberikan servis yang terbaik untuk group kami..tempat tinggal yang sangat selesa...makanan yang lazat...jiran tetangga yang baik hati...anak-anak kecil yang happy go lucky...semoga kita akan berjumpa lagi di lain tahun... :(



HARI KEENAM (7 APRIL 2015)



kami menghabiskan sisa-sisa hidup pengembaraan kami di bumi Indonesia dengan melawat tempat2 menarik di Bukit Tinggi..perjalanan mengambil masa kira-kira 8 jam dari kabupaten Kerinchi membuatkan kami tidur sepanjang perjalanan malam melalui jalan yang gelap-gelita dan bersimpang-siur..tempat pertama yang menjadi pilihan hati adalah Lobang Jepang..

sedikit info tentang Lobang Jepang, merupakan terowong (bunker) sepanjang kira-kira 1400 meter yang dibina bagi menjadi tempat perlindungan tentera Jepun sekitar tahun 1942..kemudian kami terus menuju ke Tembok Besar China yang terletak di belakang Lobang Jepang..memandangkan ini adalah hari terakhir kami di sini, so mood untuk menulis pengalaman kami pon kian musnah..hehehe~

so sudilah kiranya anda semua menatap koleksi gambar kami sepanjang hari terakhir pengembaraan kami..TQ huhu..


kene kecikkan gambar nanti ada yang jelesh..kihkihkih~


Lobang Jepang, kawasan peninggalan tentera Jepun suatu masa dahulu..

di penjara janji..wowowowo~

 
suasana di dalam Lobang jepang..seram? biasa jeee~

kanak-kanak riang di sebuah sawah padi.. :D



menuju puncak Tembok Besar China di Bukit Tinggi..hoho~


HARI KETUJUH (8 APRIL 2015)


ehh sedar tak sedar harini merupakan hari terakhir kami di sini, flight kami ke KLIA-2 pada jam 8.00 pagi waktu tempatan. tido kat airport ke? (xboleh, kene halau huhu)..



nak dijadikan cerita, semalam selepas selesai berpeleseran di Bukit Tinggi, kami terus dihantar oleh Pak Supir ke airport, bagi menghabiskan masa-masa yang tersisa, kami bercadang mencari Pak Supir untuk teruskan rondaan ke segenap pelusuk daerah Padang. nak dijadikan cerita, selepas berbincang, bergaduh serta bertumbuk, kami berjaya mendapatkan seorang supir untuk membawa kami berjalan-jalan dengan bayaran yang sangat berbaloi (lupa daaa), alhamdulillah, terima kasih Pak Doni (nah nombor beliau incase kalau korang nak ke sana)..baik orangnya, siap diajak bermalam di rumahnya..setelah berbincang sesama ahli kumpulan (sedikit was2 kerana melibatkan 2 peserta pompuan, Iela dan Saidah), kami hanya berserah kepada Yang Maha Esa dan mengikut beliau pulang dan bermalam di rumahnya, alhamdulillah kami dipertemukan dengan orang yang baik, siap dihidangkan dengan apam balik wuwuwu..siap dihantar percuma ke airport (semoga Allah swt membalas jasa baik beliau)..kepada yang nak berkunjung ke Padang, boleh lah mencari beliau ye.. :D



Hello Malaysia!! apa khabar kamu? alhamdulillah segalanya berjalan lancar sepanjang kami di sini..kembali ke kampung halaman.. Kerinchi, tunggu kami datang lagi!!! ngeee~

pakatan biru, dari kiri : cik eiger, jack wolfskin, abam vaude dan bro osprey



adanismail

No comments:

Post a Comment