Monday 3 February 2014

GUNUNG RAJAH 'COMPLETE ROUTE'

Berdasarkan mitos, Rajah ini bermaksud Raja yang digelar oleh masyarakat orang asli di kaki gunung ini. Terletak di Hutan Lipur Air Terjun Chamang, Bentong, Pahang, Ia merupakan lokasi strategik bagi pendaki oleh kerana kedudukannya dari ibu kota tidak jauh hanya mengambil masa kurang dari 2 jam untuk sampai.

Permulaan cerita kami,maka kami bergerak ke Gunung Rajah mencari ketenangan dan menjalinkan persahabatan bersama alam. Flora dan Fauna tidak dapat dipisahkan dalam jiwa kami. Keindahan dan keaslian hijau yang sukar ditemui pada zaman ini menjadi santapan kami untuk merasai kesegaran dan keasliannya. Walaupun sukar dan mencabar untuk kami sampai dipuncak berketinggian 6201 kaki atau 1890m. Kami dah bersedia cabaran itu. Dengan bersemangat berpasukan,kami bergabung bantu membantu untuk sepasukan SAMA-SAMA NAIK sampai ke puncak.
KAMI DAH SAMPAI GUNUNG RAJAH

AL-KISAHNYA..
Pulang dari trip CBL,kami menuju ke Gunung Rajah dalam pukul 10malam kami tiba di Chamang Waterfall.Sebelum kembara bermula,kami bermalam di Chamang Waterfall. Masing-masing melenakan diri sebelum pendakian bermula.

Pada esok harinya,panggilan kami ahad ketiga(sabtu). Kami bangkit untuk solat subuh dan menyediakan sarapan pagi sebelum menuju puncak. Kebiasan,bila sudah berada di dalam hutan atau suasanan alam,ada yang sambung tidur semula.Maka kembara ke puncak bermula dalam pukul 9pagi. Kami menuju ke "jalan Balak" dalam sejam setengah. Kemudian ke sungai Y dalam sejam. Disusuli ke Naning dalam 1 jam setengah perjalanan. di Naning kami berhenti rehat. Melegeakan apa yang patut dan membaiki apa yang tercabut. Kami makan di Naning. Kami gerak dari Naning dalam pukul 4 petang.Dari Naning ke Kem Hijau,masa perjalanan dalam sejam. Sebelum sampai puncak,kami berehat dulu di Kem Hijau.Di sini ada salah seorang ahli nak tidur sebelum sampai puncak. Keputusan dibuat pada masa itu juga bersama dengan ahli lain. Malang pada ahli yang nak tidur.Dalam pukul 6petang, Kami meneruskan perjalanan ke puncak. Bertemankan cahaya lampu di kepala dan kegelapan,Kami meneruskan pendakian menuju puncak sebelum pukul 10 malam. setiba kami di puncak dalam pukul 10 malam. Masing-masing dalam kesejukan. Almaklum puncak gunung sememangnya sejuk. Kami mula mencari tempat tidur.

Pada kesokan hari ahad ke empat(ahad),Kami bangun dan solat. Kesejukan alam tidak dapat melawan kesejukan dalam office. Buka mata dah sampai puncak, Kami menikmati  santapan alam yang disajikan. Berbeza di kota. Sajian kabus kota terasa bahang berbanding sajian dipuncak,kabus menyejukan.

REHAT JAP

SEJUK NYE...

SEBELUM NAIK SANTAI JAP

EH...MCM MANA CAMERA NI.

AECAP:JAP AKU G BETOI KAN JAP..CAMERA NI NAMPAK SENGET JE.

BUEK!!!!!CHESS


No comments:

Post a Comment