Wednesday, 30 April 2014

GUNUNG BUNGA BUAH, GENTING HIGHLANDS

oh...trip kali ini kami bersama brother Edy ZAck..kami menawan bukit atau gunung Bunga Buah. Kami bermalam di sebuah rumah kaweh.tidur rumah leh boh..hahaha. jarang pagi kami sebegini awal.berselimutkan angin kipas siling,mata terkebil-kebil.Sai memberi arah untuk bersiap kerana brother Edy ZAck akan kami bertemu. Bergerak pagi kami ke lokasi Gunung Bunga Buah.




Cerita sikit sebelum mendaki.Gunung Bunga Buah yang terletak di sempadan Selangor Darul Ehsan, Genting Highland, Pahang mempunyai ketinggian setinggi 1,430 meter (4,690 kaki).Gunung Bunga Buah adalah antara tempat latihan pendaki-pendaki gunung di Lembah Klang. Kebiasaannya gunung ini didaki ketika cuti hujung minggu. Gunung ini boleh didaki dalam masa sehari atau pendaki boleh juga bermalam dipuncak gunung ini. Lokasinya yang berdekatan Lembah Kelang, memudahkan pendaki menuju ke Genting Highland dalam masa yang singkat dan faktor tempat mula pendakian yang bersebelahan Jalan Kuala Lumpur - Genting Highland. Gunung Bunga Buah mempunyai hutan Dipterokarp Bukithutan Dipterokarp Atas, dan hutan Montane. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan.

KAT LUAR BASAH SANGAT...BAWAH SEJUK.

DALAM PERJALAN MENUJU HUJAN!!!!

DALAM HUJAN APA LAGI..PACAT KUAR!!

MOH SINI BERGAMBAR SEMUA

KAMI SEDANG BERSEDIA TUK PACAT..HAHAHA

CANTIK NYE CIPTAAN TUHAN

BUKIT KUTU KUALA KUBU BHARU

Wau..lama juga rehat lepas balik rajah..next kami gerak ke BUKIT KUTU. Sebelum gerak kami check in di bawah kaki Bukit Kutu. Kami bentang ground dan masak di situ.
SEBELUM MENERUSKAN MISI MENAWAN PUNCAK KUTU

OH INILAH CHECK IN KAMI..KAMI BERMALAM DI SINI.


Kami kongsi sikit info pasal Gunung Kutu ni.hahaha
Gunung Kutu juga dikenali sebagai Bukit Kutu, kedudukannya berada dalam daerah Hulu Selangor iaitu di Kuala Kubu Baru yang terletak berhampiran Kampung Pertak, SelangorMalaysia. Bukit Kutu atau dahulunya dikenali sebagai Trecher's Hill yang terletak pada ketinggian 3456 kaki atau 1090 meter daripada aras laut. Dahulunya ketika zaman kolonial British puncak Bukit Kutu adalah stesen pemantauan tentera British. Namun ia terbengkalai setelah dibom oleh tentera Jepun ketika Perang Dunia Kedua.
Perjalanan atau pendakian untuk sampai ke puncak Bukit Kutu mengambil masa lebih kurang kira-kira empat jam perjalanan yang bermula melalui kawasan perkampungan orang Asli peretak penempatan baharu Kampung Orang Asli Simpang, tidak jauh dari Empangan Hulu Selangor. Bukit Kutu juga banyak menyimpan seribu satu khazanah alam semulajadi yang belum diterokai.
Selain kaya dengan kepelbagaian spesies flora dan fauna,terdapat juga beberapa kesan peninggalan sejarah semasa era pemerintahan British suatu ketika dahulu yang belum diketahui umum. Perjalanan ke Bukit Kutu agak mudah pada permulaannya, tetapi selepas melintasi dua buah jambatan besi, kesukaran yang dilalui hanyalah merentasi bekas laluan balak. Terdapat juga dua buah gua yang dikenali sebagai Gua Air dan Gua Kambing. Bukit kutu ini juga adalah merupakan tempat peranginan bangsawan-bangsawan British suatu ketika dahulu.
BATU NI LALUAN NYE SEBELUM SAMPAI PUNCAK



MACAM BIASA BOH...LEK LU..SAI KASI PILOTOK SIKIT SEBELUM KEMENTALAN

YEAH..TU DIA BAK HANG...NAMPAK TASIK NOH..DAH SAMPAI PUNCAK RUPANYA
PHOTO DARI PUNCAK PLUS BATU DI BUKIT KUTU


BERGAMBAR DULU TIANG YANG BERADA DI PUNCAK KUTU.

1.2.3 LOMPAK LEH

ERM...TANGAN TAK SEPERTI MONOPOD..SORY
YEAH...

SEJARAH MENGAJAR KITA ERTI PERPADUAN..
POSING SIKIT.

CELAH SINI PUN BOLE LAH..KAWASAN PENINGGALAN SEJARAH





HAI...KAMI BERTEMU GENG



OH...AWESOME TREK DIA NI.BULUH PERINDU.RINDUNYE TEMPAT NI

HAI..KAMI DUDUK MENUNGGU GILIRAN..EH!!!