Friday 31 January 2014

CBL Tak Jadi Oi!!!


TARIKH : 29-30 JANUARI 2014
TEMPAT : CHEMERONG, BEREMBUN, LANGSIR
LINE-UP : ADAN, PIA, ACHAP, NAD, SHIRO, MIRA, SHAH, SAI, SERIK, EJAM


setiap kali bercerita tentang ekspedisi CBL di dungun, terengganu, tidak lain tidak bukan perkataan yang sering keluar dari mulut peminat sukan hiking adalah waterfall..CBL memang terkenal dengan keindahan air terjun yang pasti menggamit hati setiap pengunjung yang datang..terdiri dari tiga puncak utama iaitu Chemerong, Berembun dan Langsir (1108 m/3405 ft)...terletak kira-kira 30km dari Banda Al-Muktafi Billah Syah, Dungun...lantas tanpa berfikir panjang, kami terus membuat keputusan untuk melihat sendiri sejauh mana keseronokan di sana...trip kali ini disertai oleh beberapa geng dari Johor Bahru, Kuala Lumpur dan Pahang...setelah bercadang untuk berkumpul di UMP Gambang, geng dari Johor (Adan, Pia, Sai, Aetack, Miza) mula bergerak kira-kira jam 9 malam...perjalanan JB-Gambang mengambil masa kira-kira 6 jam..setelah berjumpa dengan semua peserta di UMP, kami mula bergerak ke Bandar Al-Muktafi Billah Syah kira-kira jam 4 pagi dan sampai di Masjid di bandar itu untuk menunaikan solat Subuh serta membuat persiapan akhir...

pemandangan air terjun dalam perjalanan ke Hutan Lipur (gambar ihsan dari pakcik gugel)


last meeting sebelum memulakan pendakian kononnya...~

sesampainya kami di Starting Point (aka Hutan Lipur Chemerong), perkara yang tidak diingini dan di luar kawalan (lah sangat) telah berlaku...datang seorang pegawai hutan yang bertugas...

inilah dia tanker group kami...nampak ayu tapi power..ehhh~

"ni bowok beg beso-beso ni, mung nok g mane?" tanya beliau..

"nok naik CBL lah encik" sai membalas..

"eh eh dok leh dik, skang ni tutup lagi sbb musim tengkujuh" balas beliau..

"tapi encik, emm, kami datang dari jauh ni, bla bla bla bla" kami membebel..

dan akhirnya, harapan hanya tinggal harapan, harapan berkubur bersama beg-beg yang dibawa..kecewa..hampa..nanges tersedu-sedu..walaupun begitu, kami harus bangkit dari kekecewaan ini..

"jom lah kita pergi sampai ke Chemerong je, dekat je ni" sampuk shiro..

 antara view ketika masih dalam perjalanan menuju ke puncak C...

perenang paling handal d'kat..tak dapat dinafikan lagi...penat sangat tiruk katanya...katanya lahh...

    
jernihnya air di sini melambangkan kejernihan wajah seseorang yang hatinya telah dimiliki...chewahhh~

dannn, tadaaa, tak dapat CBL, dapat C saje pun cukup lah..tsk tsk tsk..still cantik..menawan..kau memang da bomb!!disebabkan keadaan para peserta yang kemurungan, maka gambar yang nak dikongsi pun hanyalah sekadar beberapa keping sahaja ye.. :(

lihat dari sini pon dah x tenteram jiwa raga, apatah lagi bila dah sampai ke puncaknya..takpe, xde rezeki waktu ni hihihi 

 kebisingan air terjun adalah jauh lebih nikmat berbanding hiruk-pikuk di kota...

achap...24 tahun...not not for sale...

ready untuk revisit CBL + Pondok Sejuk sikit...di sini kami sertakan sedikit pesanan, sekiranya mahu ke sini, dinasihatkan tidak memilih tarikh hujung tahun (November-Januari) kerana kebanyakan gunung-gunung sekitar pantai timur akan ditutup kerana musim tengkujuh dan akan dibuka semula pada bulan Februari...sekian harap maklum..belajar dari kesilapan dan keberiaan kami yee.. :D


"manusia hanya mampu merancang, sebaik atau sesempurna manapun perancangan kita, ingatlah perancangan Allah swt adalah lebih baik kerana Dialah sebaik-baik perancang"


adanismail